Friday, 17 June 2011

Isra' Mikraj


Intipati Kuliah Isra' Mikraj tadi - Barangsiapa yang berjuang pada jalan ALLAH,kemudian di timpakan kepadanya pelbagai dugaan maka yakinlahlah bahawa perjuangan itu benar.Jika perjuanganya tidak menghadapi pelbagai dugaan,berkemungkinan perjuanganya salah.Kepada yang berjuang pada jalanMu,teruskanlah...

Rasulullah juga ditimpakan pelbagai dugaan yang lagi berat,kemudian ALLAH memperjalankan baginda dalam peristiwa Isra' Mikraj bagi mengembirakan hati Baginda.Dilihatkan pelbagai peristiwa kepada baginda.kEMUDIAN,Baginda memperoleh nikmat yang besar yakni berjumpa dengan ALLAH. setelah berjumpa ALLAH kemudian dianugerahkan kepada Baginda penyelesain segala masalah di dunia ini yakni SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAMAN.Solat merupakan ubat yang paling mujarab bagi menyelesaikan segala permasalahan sosial di dinia ini.

Sunday, 12 June 2011

Diam Tanda Setuju


Dari Ab Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda:”Seorang wanita janda, tidak boleh dikahwinkan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu dengannya. Seorang gadis perawan tidak boleh dikahwinkan sebelum meminta izin kepadanya.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana bentuk keizinan gadis itu?” Rasulullah menjawab:”Jika dia diam sahaja.”
 
(Bukhari)

HURAIAN

Tabi’inya seorang perempuan sangat memerlukan seorang lelaki yang boleh melindunginya dan menjaga kemaslahatannya. Oleh itu seorang gadis adalah orang yang lebih berhak dalam persoalan perkahwinannya dan seorang ayah atau wali kepada gadis tersebut tidak boleh meremehkan pendapatnya serta mengabaikan persetujuannya kerana bagaimana mungkin seorang lelaki itu disifatkan dapat melindungi isterinya jika dirinya sendiri tidak disukai oleh isterinya. Begitu juga seorang ayah tidak boleh memperlambat-lambatkan perkahwinan anak gadisnya jika sudah ternyata ia telah dipinang oleh seorang lelaki yang baik, beriman dan berakhlak mulia. Maka, setelah membuat perbincangan, wali si gadis hendaklah menentukan sama ada mahu menerima sesuatu pinangan atau tidak dan sekiranya gadis tersebut tidak tahu membuat keputusan, eloklah menyerahkan perkara itu kepada walinya kerana pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya sendiri di mana wali yang baik akan memilih lelaki yang baik juga untuk anaknya.

Bersengketa Membolot Harta


Dari Muhammad bin Ibrahim r.a katanya Abu Salamah bercerita kepadanya, bahawa Abu Salamah bersengketa dengan kaumnya perihal tanah. Lalu dia pergi kepada Aisyah r.a mengadukan hal itu kepadanya. Kata Aisyah:”Hai Abu Salamah! Jauhilah perkara (sengketa mengenai) tanah. Kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:”Siapa merampas sejengkal tanah, dikalungkan Allah kepadanya kelak di hari kiamat tujuh lapis bumi.”
 
(Muslim)

Dunia Dan Wanita


Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.”
 
(Muslim)

Menjauhi Riya’ Dan Mengutamakan Keikhlasan


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” 
 
Riwayat Ibnu Majah


HURAIAN

1. Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
2. Sebaliknya riya’ pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
3. Perbuatan riya’ (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.
4. Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.

Sekitar Hukum Berkenaan Arak


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.”
 
Riwayat al-Bukhari dan Muslim


HURAIAN


1. Ijmak ulama’ telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit atau pun banyak.
2. Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli, ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.
3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.
4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.
5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.
ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:” Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)




The Only Solution Is Come Back To The Real ISLAM...: Nazar Tidak Dapat Mengubah Takdir

The Only Solution Is Come Back To The Real ISLAM...: Nazar Tidak Dapat Mengubah Takdir: "Dari Abu Hurairah katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada sesuatu yang ditakdirkan Al..."